Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ|Salam Sejahtera


  Bismillahirahmanirrahim, lama gilewrs2 kan aku tak hupdate blog? Well, I'm very2 lazy, busy and bla3. Lewls. Bila dah lama tak menaip, rasa macam, macam, macam xde idea nak update blog. Hrm.. Kat sini hadifah nak share pasal Rumah yang tidak dimasuki syaitan.. So, here is it *Bi tunggang langgang

Rumah yg tidak dimasuki syaitan ialah rumah yang :

1) Penghuninya sentiasa menjaga hak dan kewajipan kepada Allah.

2) Penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.

3) Penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.

4) Penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan ( menjaga bab halal)

5) Penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim.

6) Penghuninya sentiasa menjaga adab  dan berbakti kepada kedua orang tua.

7) Penghuninya terdiri dari pasangan yang soleh dan solehah.

8) Penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan kepada Allah.

9) Penghuninya tidak melakukan perkara yang haram.

10) Penghuninya tidak melakukan perkara yang bidaah.

11) Penghuninya sentiasa mengamalkan salam.

12) Penghuninya yang sentiasa bermaafan antara satu sama lain.

13) Penghuninya tidak membela binatang yang tidak dibolehkan dalam syarak.

  Semoga pengkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada sahabat sekalian… insyaAllah. -sumber-

Antara Manusia, Malaikat & Syaitan

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ|Salam Sejahtera


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni? zzzzzzzz..

Manusia - Nak makan, laparlah?
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan - Ahh, tak payahlaaaa. dah lapar ni!! Emmm..sedapnyaaaa?.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? Awal lagi? Emmmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?.

Manusia - Azan sudah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa. Rilex lah. Awal lagi niii?.

Manusia - Eh, eh, tak boleh tengok ini, berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh, best tuuu. rugi ooo kalau tak tengok ni..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?.

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah². pandai²lah?

Manusia - aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. lagipun muda hanya sekali. rugila. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu. Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh, letihnya arini. tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
  1. Anda - Patut ke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
  2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
  3. Syaitan - Tak payah!